Tuesday, August 24, 2010

Reborn

Owhh..

Sudah hampir 3 tahun sejak post terakhir yang aku tulis.
Aku busy menguruskan company export bernilai 100juta sekarang.

Sila percaya!

Hari ini, hari ke-14 aku berpuasa tahun 2010. Disebabkan aku rasa
macam hampeh sikit hari ini, aku nekad nak mula menulis.semalam aku tidur lewat.mengulangkaji.demi mengejar cita-cita aku nak jadi model.

Implikasinya,aku tertidur kat opis. TER.

Kat luar gelap,aku perlahan ON PC, dan macam biasa check facebook sekejap.
kalau-kalau ada peminat baru nak add aku.

Tak ada pun. Hampa!

Sedang aku leka main Texas HoldEm Poker, tetiba aku tersedar.

"Eh, hari ini puasa. Tak baik berjudi". kata aku lantas ambil wuduk.

Aku pun ambil keputusan layari blog mat gagah ini saja. disini

Tetiba, mata aku terpandang jam di sisi kiri komputer.
Terkejut!

Aku toleh pula ke skrin handphone aku.
Terkejut lagi!

Jam di komputer menunjukkan waktu 6:45 pm.
Manakala, jam di handphone baru 3:00 pm.
Mmg betul baru pukul 3 ptg.

Ah! Aku tak kira. Aku mahu percayakan jam di komputer saja.

Aku tak peduli!